NADI MELUGU X USAHAWAN – TONTON RAKAMAN WEBINAR: OPERASI PERNIAGAAN
13 Februari 2026 | Aktiviti TerkiniSatu sesi tontonan video bertajuk “Operasi Perniagaan” telah dilaksanakan sebagai medium pembelajaran bagi bagi memberikan pendedahan kepada peserta mengenai aspek penting dalam pengurusan dan pelaksanaan operasi sesebuah perniagaan.
Melalui sesi ini, peserta didedahkan kepada konsep asas operasi perniagaan termasuk pengurusan sumber, kawalan kualiti, pengurusan inventori serta penyelarasan proses kerja bagi memastikan kelancaran aktiviti harian perniagaan. Video yang ditayangkan turut menerangkan kepentingan perancangan yang sistematik dan strategi operasi yang cekap dalam meningkatkan produktiviti serta keuntungan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: